• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Terbunuh Dalam Nahas Pesawat Di Maryland

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARYLAND – Sebuah jet eksekutif terhempas ke atas sebuah rumah di Maryland semalam, mengakibatkan semua tiga penumpang pesawat terbabit terbunuh, serta mengorbankan seorang ibu dan dua anaknya di dalam rumah berkenaan.

Mengikut rekod, juruterbang pesawat yang maut dalam nahas itu pernah terbabit dalam nahas lain ketika hendak mendarat di lapangan terbang sama pada 2010.

Pesawat ‘Embraer SA Phenom 100’ yang mempunyai dua enjin itu terhempas ke atas sebuah rumah kira-kira 1.6 kilometer dari Landasan Montgomery di Gaithersburg di pinggir Washington.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, pesawat itu didaftar atas nama Michael Roseberg, seorang Profesor Adjung Epidemiologi di Universiti North Carolina, Chapel Hill dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penyelidikan klinikal, ‘Health Decisions Inc’.

Menurut rekod Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), pada 2010, pesawat yang dipandu Rosenberg terhempas berhampiran tempat kejadian semalam, walaupun ketika itu tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian pada 2010 berlaku di Landasan Montgomery, juga destinasi Roseberg semalam apabila beliau hilang kawalan ketika hendak mendarat dan terhempas ke atas pokok.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Montgomery, Pete Piringer dalam Twitternya berkata kejadian semalam mengorbankan Roseberg yang menerbangkan pesawat itu dan dua penumpang lain, serta seorang ibu dan dua anaknya di rumah di mana pesawat itu terhempas.

Kejadian itu mencetuskan kebakaran yang memusnahkan dua rumah dan tiga lagi mengalami kerosakan.

Piringer berkata anggota bomba berjaya mengawal kebakaran tetapi terdapat sebahagian daripada minyak pesawat berkenaan mengalir ke anak sungai berdekatan.

Jurucakap NTSB berkata pesawat itu berlepas dari lapangan terbang kampus di Chapel Hill pada jam 9.30 pagi.

Pihaknya kini sedang menyiasat punca kejadian. – Reuters

 

Tags: Nahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd