• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kapal TLDM Belayar Malam Ini Sertai SAR QZ8501

oleh AK-47
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR (Bernama) — Tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan belayar malam ini untuk menyertai operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiga kapal tersebut ialah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang turut membawa helikopter Fennec.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan menggunakan pesawat C130 untuk membantu Indonesia dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersedia untuk memberi apa jua bantuan yang diperlukan Indonesia dalam misi tersebut.

Hishammuddin dalam kenyataan berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan memaklumkan bahawa Malaysia bersedia untuk memberi bantuan jika diperlukan oleh kerajaan Indonesia, dalam semangat perpaduan Asean.

“Saya telah mengarahkan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Roslan Saad agar berhubung rapat dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia untuk perkembangan lanjut.
    
“Malah, saya juga berhubung dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen mengenai perkara ini untuk mengukuhkan lagi komitmen kita dalam usaha mencari dan menyelamat. Ingatan dan doa kami bersama penumpang, anak kapal dan anggota keluarga di dalam pesawat QZ8501,” kata Hishammuddin.

Pesawat QZ8501 berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi (waktu Indonesia) dalam perjalanan ke Singapura dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi (waktu Indonesia). Ia dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal.– BERNAMA

3 Kapal TLDM Belayar Malam Ini Sertai SAR QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: AirAsia Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

17/08/2015
0

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd