Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Gantung Lesen Jika Jual...

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok...

Curi Telefon Di Low...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan penganggur Shahrul Anuar Abdul Aziz...

Sepanduk Rajinikanth Langgar Arahan...

BARISAN sepanduk dan papan tanda menghebahkan kehadiran pelakon yang kini ceburi bidang politik,...

7 Negeri Dijangka Hujan...

PETALING JAYA – Tujuh negeri termasuk Selangor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya, Sarawak...

26 Terkandas Di Gunung Gagau Selamat

HULU TERENGGANU – Kesemua 26 orang, terdiri daripada 18 pekerja Jabatan Ukur dan Pemetaan dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am yang terkandas di puncak Gunung Gagau, Kuala Berang, dilaporkan dalam keadaan selamat.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata kumpulan itu dilaporkan memasuki kawasan gunung tersebut sejak seminggu lalu menggunakan helikopter, namun kehabisan bekalan makanan.

Katanya berikutan cuaca buruk, mereka gagal untuk keluar ke base camp berhampiran.

“Kita menerima laporan berhubung bantuan yang diperlukan untuk mangsa keluar dari Gunung Gagau pada Ahad dan operasi menyelamat digerakkan awal pagi Isnin dengan kekuatan 15 anggota,” katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba Hulu Terengganu Mohd Zamri Omar berkata kumpulan itu dilaporkan berada pada kedudukan kira-kira 40 kilometer dari Base Camp Aring 5.

Beliau berkata ketika ini pasukannya sedang berusaha untuk membawa keluar kumpulan itu menggunakan laluan darat setelah usaha menyelamat menggunakan helikopter gagal berikutan cuaca buruk.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat ini, katanya dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori