Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

4 Wanita Dakwa Dirogol...

PELAKON terkenal Korea Park Yoo-chun kini berhadapan dengan empat dakwaan merogol selepas kesemua...

BN Adakan Mesyuarat Khas...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen...

17 Lelaki Tempatan Ditahan...

SHAH ALAM – Seramai 17 lelaki tempatan ditahan, setakat ini, bagi membantu siasatan...

Dr. Hilmi Tak Layan...

BALIK PULAU - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyifatkan cabaran...

2 Pemandu Teksi Kena Penjara Atas Undang-Undang – SPAD

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan dua pemandu teksi yang dihukum denda dan penjara sehari oleh mahkamah kerana enggan membayar kompaun mengikut tempoh masa ditetapkan.

SPAD menjelaskan, dua pemandu teksi itu didapati gagal membayar kompaun minimum RM500 yang dikeluarkan SPAD kerana tidak mempunyai Kad Pemandu menyebabkan mereka dikenakan hukuman itu,

“SPAD mengeluarkan kompaun dengan jumlah paling minimum iaitu RM500. Setelah diberi peringatan dan amaran, mereka masih enggan membayar kompaun-kompaun tersebut.

“Tempoh purata bagi menjelaskan kompaun antara 454 hingga 653 hari dan atas prosedur kes itu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sejurus itu mereka telah didakwa di Mahkamah. Dua pemandu teksi itu dikenakan denda dan penjara sehari,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, SPAD membidas Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) kerana mempersoalkan hukuman penjara yang dikenakan mahkamah terhadap pemandu teksi terbabit.

Jelas SPAD, Kad Pemandu satu dokumen pengenalan yang ringkas dan mempunyai implikasi yang amat besar terhadap keselamatan penumpang berikutan kes-kes jenayah melibatkan teksi sebelum ini.

Kata kenyataan itu, dalam kes jenayah tersebut, identiti pemandu teksi terlibat tidak dapat dikenal pasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika mangsa menaiki kenderaan mereka.


Justeru, kata SPAD, tidak wajar PERS1M mendakwa SPAD bertindak zalim kerana masa dan peluang yang secukupnya telah diberikan kepada pemandu-pemandu terbabit untuk mematuhi undang-undang sangat mencukupi.

“Hukuman dan denda yang dikenakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kebijaksanaan mahkamah,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, operasi dan tindakan berterusan dilakukan SPAD bagi melindungi imej pemandu teksi yang berhemah dan mematuhi undang-undang.

“SPAD mahu memperbaiki reputasi industri teksi negara yang telah tergugat akibat tindakan segelintir pemandu teksi ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=hqEDPCx1qD8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori