• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Lepas Tembakan Dalam Kejadian Samun Di Melaka

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dua lelaki bermotosikal dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke udara dalam kejadian samun melibatkan tujuh mangsa di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Batu Berendam di sini, semalam.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, kedua-dua penjenayah yang memakai topi keledar turut melarikan wang tunai milik tujuh mangsa berusia 19 hingga 56 tahun berjumlah RM5,000 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama milik mereka.

Seorang mangsa berusia 32 tahun yang enggan dikenali berkata ketika kejadian dia berada di kedainya dan sedang bersiap untuk memulakan perniagaan di bahagian menjual ikan sebelum dikejutkan dengan dua bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan.

“Dua lelaki yang menutup muka dan dipercayai masing-masing bersenjatakan pistol kemudian masuk ke pasar sebelum mengarahkan saya dan beberapa peniaga serta pelanggan menyerahkan wang tunai kepada mereka.

“Mereka kemudian melarikan diri dipercayai bersama dua lagi rakannya yang menunggu di luar pasar bersama dua motosikal dan kejadian mengakibatkan saya kerugian kira-kira RM400,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata ketika kejadian peniaga di pasar borong tersebut baru memulakan perniagaan sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal serta berjaket.

“Suspek yang disyaki bersenjata kemudian melarikan diri dipercayai dengan menaiki motosikal dan tiada kecederaan membabitkan mangsa dilaporkan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini.

Beliau berkata siasatan terperinci berhubung kes tersebut sedang dilakukan bagi mengenal pasti suspek terlibat ekoran kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar borong berkenaan rosak.

Katanya pihaknya juga sedang menyiasat jenis senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut kerana siasatan awal polis tidak menjumpai sebarang bukti fizikal di lokasi kejadian yang boleh dikaitkan dengan kejadian tembakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Bantuan Dan Pemandu Teksi Saling Berbalas Tumbukan Di CIQ

Next Post

Tambah Pendekatan Tangani Rasuah – JKMR

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Tambah Pendekatan Tangani Rasuah - JKMR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd