• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YPM Mahu Pelajar MJHEP Ceburi Bidang Keusahawanan

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Yayasan Pelajaran Mara (YPM) mahu para pelajar di bawah Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP) menanam minat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Pengerusinya Datuk Yusoff Dohab berkata YPM memberi penekanan kepada perkara itu dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan.

“Kita nak mereka jadi usahawan, seboleh-bolehnya tidak makan gaji sahaja.

“Penekanan itu perlu supaya mereka jadi usahawan dan memberi penambahan tenaga kerja khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Ramah Mesra bagi Program Kembali ke Malaysia 2014 Siri 1, di sini malam tadi.

MJHEP adalah sebuah program yang lahir daripada Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983.

Yusoff berkata MJHEP merupakan kesinambungan daripada kejayaan YPM melaksanakan Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) yang membiayai pengajian pelajar Bumiputera dalam bidang kejuruteraan di Jepun pada tahun 1993.

YPM telah menaja lebih 1,000 pelajar melalui program terdahulu dan menyasarkan untuk membiayai 800 pelajar pengajian Ijazah, 240 Ijazah Sarjana dan 50 Ijazah Sarjana Kedoktoran di bawah pelaksanaan fasa 2011-2022, katanya.

Menurut Yusoff, sehingga kini 1,127 graduan dalam pengkhususan kejuruteraan berteknologi tinggi telah berjaya dilahirkan.

Katanya MJHEP menggunakan model pengajian 3+2 iaitu tiga tahun pengajian diploma kejuruteraan elektrikal dan elektronik atau kejuruteraan mekanikal di Instiut Perindustrian Mara-Jepun (MJII) di Beranang, Selangor dan seterusnya mereka boleh menyambung pengajian peringkat Ijazah di mana-mana 21 universiti Jepun terpilih selama dua tahun.

Yusoff berkata sehingga kini, 314 pelajar di bawah MJHEP sedang mengikuti pengajian di MJII, manakala 102 pelajar masih meneruskan pengajian di universiti-universiti di Jepun. – BERNAMA

Tags: usaha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daripada ‘Office Boy’, Lelaki Ini Kini Bergelar Juruterbang Bertauliah

19/03/2016
0

ASALNYA Kugan Tangiisuran adalah seorang budak pejabat yang bekerja di syarikat penerbangan Air Asia sebelum diangkat menjadi seorang juruterbang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd