Sample Page Title

Ada dua peribahasa yang mana ada pihak tertentu mengatakan sebagai salah konteks penggunaannya dalam masyarakat kerana mengunakan istilah yang tidak tepat.

Pertama adalah peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi yakni peribahasa yang ada hubung kait dengan faktor kepercayaan dan pengkhianatan.

Pendapat baru yang wujud dalam beberapa tahun lepas ialah peribahasa yang lebih tepat adalah harapkan pegar, pegar memakan padi.

Umumnya, pagar ditolak penggunaanya kerana tidak lojik untuk sebuah benda tidak bernyawa memakan benda lain seperti padi.

Pegar pula merujuk kepada sejenis burung yang dikatakan dibela pesawah zaman dahulu untuk menghalau haiwan perosak lain.

Jadi, lojiknya, pegar diharapkan menjaga padi dari haiwan lain tetapi mengkhianati amanat itu apabila ia juga memakan padi.

Maka, pegar diharapkan untuk menjaga padi tetapi ia pun tumpang sekaki dan makan sekali.

Namun, ada pihak yang mempertahankan bahawa pagar juga tepat penggunannya.

Ini kerana, pagar dibina untuk menghalang pihak lain termasuk haiwan pemusnah masuk ke kawasan sawah.

Namun, secara kiasan pagar juga bertindak memakan padi (ingat, kiasan dan bukannya lojik) menjadikan ia mengkhianati peranannya.

Pada pandangan peribadi penulis, kedua-dua istilah ada lojiknya tetapi pegar nampak lebih tepat.

Peribahasa kedua yang dicabar dengan pandangan baru ialah melepaskan batuk di tangga.

Ia selalunya merujuk kepada perilaku pemalas atau buat kerja sekerat jalan dan endah tak endah dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

Penulis tidak tahu hendak menjelaskan macam mana melepaskan batuk di tangga boleh dikaitkan dengan sikap buat kerja yang lemah.

Tinjauan Mynewshub di beberapa blog mendapati, antara pandangan yang diutarakan ialah mengapa tidak melepaskan bersin atau sendawa di tangga.

Cadangan itu bertujuan mempersoalkan mengapa batuk yang diberikan penekanan dan apa releven dengan maksud peribahasa itu.

Ramai yang berkata istilah sebenar adalah betok.

Betok diperbuat daripada tempurung kelapa dan digunakan untuk menceduk air dari tempayan bagi membasuh kaki sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Bagai melepaskan betok di tangga bermakna tetamu yang datang memang pemalas dan buat kerja separuh jalan dengan hanya melepaskan betok itu di tangga dan bukannya berusaha sedikit meletakkanya balik ke tempayan atau tempat asal.


Sejujurnya, melepaskan betok di tangga lebih menyakinkan berbanding melepaskan batok.

Kekeliruan dalam kedua-dua peribahasa itu didakwa sesetengah pihak sebagai berpunca daripada perubahan penulisan dari Bahasa Jawi kepada Rumi pada masa dahulu.

Sejauh mana hakikatnya memang sukar untuk dipastikan.

Namun, apa yang memeranjatkan penulis ialah, di sebalik wujudnya persoalan sama ada pagar atau pegar dan batuk atau betok, badan yang bertanggungjawab mengenai isu itu dilihat mengambil pendirian yang kurang berkesan.

Laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)  yakni Pusat Rujukan Persuratan Melayu (KLIK) mengakui mengetahui mengenai kewujudan konflik perkataan dalam kedua peribahasa berkenaan seperti di atas, tetapi tidak dapat mengesahkan yang mana satu benar dan yang mana satu salah.

Alasan yang diberikan ialah tidak ada kajian yang dibuat bagi mengesahkan hal itu.

Sudah itu, apa tujuan DBP ditubuhkan dan diberikan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun jika tidak memainkan peranan bagi mengesahkan yang mana satu pepatah yang betul dan yang mana salah.

Salah satu soalan yang ditanya pengguna bahasa pada tahun 2012 ialah; Apa komen DPB tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” dan “melepaskan batok di tangga”?

Ini jawapan yang diberikan oleh badan yang ditubuhkan kerajaan bagi memperkasakan bahasa Melayu;

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.

Jawapan untuk soalan yang hampir sama pada September 2013 pun sama. Jawapan copy paste.

Bukan bagi jawapan kepada persoalan  tetapi bagi penjelasan mengenai makna dan cara penggunaan peribahasa!

Apakah DBP ditubuhkan untuk memberikan jawapan copy dan paste semata-mata? Jawapan sebenar masih tidak kelihatan.

Kenapa tidak ada kajian dibuat sehingga kini?

Bukankah kedua itu peribahasa Melayu dan DBP adalah pihak yang paling tepat untuk mengesahkannya? – Mynewshub

Oleh: Ak-47

pagar

pegar

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...