• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tune Insurans Bersama QPR Bakar Semangat Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
21/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga puluh kanak-kanak termasuk empat pesakit kanser dari National Cancer Society Malaysia (NSCM) menyertai program klinik latihan Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) di Kelab Diraja Selangor Bukit Kiara di sini hari ini.

Acara itu merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Tune Insurance, Tune INSpire, satu bentuk kerjasama syarikat itu dengan AirAsia dan QPR.

Pengurus Besar Kumpulan Tune Insurance Sasitharan Krishnan berkata program itu menumpukan terhadap kebajikan kanak-kanak berkenaan dan membakar semangat mereka untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.

“Kami gembira kerana dapat melaksanakan program itu hari ini kerana kami mahu memastikan Tune INSpire bukan hanya menyumbang dalam bentuk kewangan tetapi sebenarnya memberi balik sesuatu kepada masyarakat dan mengasah bakat, kata beliau kepada pemberita selepas acara itu.

Lima jurulatih daripada pasukan utama QPR terlibat di dalam sesi latihan bola sepak selama sejam, iaitu Andy Evans, Stephen McCarthy, Martino Chevannes, Danny Edwards dan Alfie Ferguson.

Evans berkata, jurulatih pasukan utama QPR merasa gembira menjadi sebahagian daripada program itu dan memastikan setiap kanak-kanak boleh mengikuti klinik latihan tanpa mengira keupayaan dan keperluan istimewa mereka.

“Apabila seseorang menghidap kanser, keluarga mereka akan memikirkan soal rawatan sepanjang masa, jadi program ini memberikan mereka peluang untuk berseronok dan menyukai permainan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: QPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bhatia Ganti Tony Sebagai Pengerusi QPR

16/08/2018
0

LONDON - Queens Park Rangers (QPR) melantik ahli perniagaan berketurunan British-India, Amit Bhatia sebagai pengerusi baharu, berikutan pengerusi bersama, Tan...

Redknapp Letak Jawatan Pengurus QPR

04/02/2015
0

LONDON - Harry Redknapp sudah meletakkan jawatan selaku pengurus Queens Park Rangers, menurut kelab Liga perdana Inggeris itu, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd