Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Penyangak Umrah: Jalan Mudah...

BERITA pakej umrah diniagakan untuk jadi kaya raya bukan isu baharu. Tiap kali...

Jambanz : Speaker Kini...

Jambanz, ya itulah nama kepada speaker mudah alih yang dipakai pada pergelangan tangan...

Imigresen Jawab Dakwaan Restoran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membidas pemilik Restoran KyoChon kerana cuba...

China Tidak Tahu Di...

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa China bersedia memulakan pencarian bagi mengesan ahli perniagaan...

Tindakan MAS Pecat Pramugara Kes Serangan Seksual Dikecam

Pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita telah dipecat oleh MAS biarpun belum dibicarakan atas tuduhan itu.

Pemecatan itu membuatkan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) tidak puas hati dan menyifatkan keputusan itu tidak mengikut undang-undang serta tidak adil bagi kakitangan berkenaan.

Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), Presiden NUFAM Ismail Nasaruddin berkata kru kabin terbabit yang telah berkhidmat dengan MAS lebih 30 tahun menerima makluman pemecatan melalui surat yang dihantar ke kediamannya dua minggu selepas kes berkenaan didedahkan.

BACA – CABUL : Pramugara MAS Akan Disiasat Di Malaysia

“Hal ini sama sekali tidak dijangka kerana surat itu dihantar ketika dia masih lagi berada di pusat tahanan di luar negara (Paris, Perancis).. Bagaimana dia hendak memberi respon?” ujar Ismail.

Beliau berkata pihak syarikat MAS telah memberikan tempoh selama 60 hari untuk kakitangannya itu membuat rayuan pemecatan atas alasan salah laku.

Kesatuan itu telah membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak Jabatan Perhubungan Industri dalam usaha memberi keadilan kepada pekerja berusia 57 tahun itu.

Ismail menyifatkan, MAS seperti tidak mahu ambil kisah tentang kes itu dan tidak menawarkan sebarang bantuan kepada keluarga pramugara terbabit.


Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan bagi pihak NUFAM turut mempersoalkan tempoh tahanan yang sangat panjang di Paris.

“Pekerja MAS itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Pihak MAS harus berusaha untuk membebaskannya dari pusat tahanan itu,” ujarnya.

Peguam keluarga pramugara tersebut, Shailender Bhar, memberitahu bahawa pihak polis Perancis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat insiden berkenaan kerana ia tidak berlaku di negara tersebut, mahupun di ruang udaranya.

Tuduhan serangan seksual tersebut disensasikan oleh seorang penumpang Australia, Laura Bushney, ketika Malaysia dan dunia bersimpati akan nasib penumpang dan pekerja MAS serta keluarga mereka dalam dua tragedi yang menimpa syarikat penerbangan itu.

Dalam pada itu, Bushney dikritik ramai pihak di media sosial dan dikatakan sengaja mencari publisiti murahan dengan membuat fitnah untuk mendapatkan wang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori