• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Tindakan Lestari Sokong Cita-Cita Wanita

oleh Ahmad Albab
20/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggesa organisasi mengambil tindakan bersifat lestari untuk menyokong cita-cita wanita, di samping meningkatkan kesedaran lelaki mengenai halangan tertentu yang dihadapi wanita untuk menuju ke puncak kejayaan.

Rosmah, yang juga penaung WIL Forum Asia Series, berkata kajian menunjukkan budaya korporat berperanan dua kali lebih penting dalam menentukan sama ada wanita memiliki keyakinan bahawa mereka boleh berjaya.

“Peranan penting budaya korporat dalam mencapai kepelbagaian gender, khususnya di peringkat paling tinggi di sesebuah badan korporat, disahkan oleh satu kaji selidik oleh McKinsey yang melibatkan 1,400 pengurus daripada pelbagai syarikat di seluruh dunia pada 2013,” katanya.

Rosmah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Achieving Greater Gender Balance In The Economy’ (Mencapai Kesimbangan Gender Lebih Meluas dalam Ekonomi) pada Edisi Global Ke-16 Forum Ekonomi Wanita Dalam Kepimpinan (WIL) di Meydan Hotel di sini, Khamis.

Beliau berkata satu kajian di Austalia, ‘Not Yet 50/50:Barriers to the Progress of Senior Women in the Australian Public Service’, juga menunjukkan bahawa lelaki menganggap komitmen terhadap keluarga merupakan satu-satunya perkara yang menghalang wanita untuk terus maju.

“Sebenarnya, perkara itu ia tidak benar. Membina budaya keterangkuman bererti turut mengubah pemikiran lelaki juga,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan wanita ingin mencapai peringkat tertinggi dalam kerjaya mereka, walaupun ia memerlukan mereka melakukan pengorbanan dalam kehidupan peribadi.

“Mereka percaya yang mereka berupaya mencapai matlamat itu, tetapi mereka kurang yakin berbanding rakan lelaki yang setara dengan mereka dari segi peluang untuk berjaya,” katanya.

Oleh itu, katanya, organisasi perlu membina satu budaya yang memupuk perasaan hormat, meningkatkan keterangkuman, menggalakkan kepelbagaian dari segi gaya kepimpinan dan memanfaatkan kemahiran serta kualiti unik yang dimiliki manusia.

“Budaya ini perlu dipelihara sepanjng masa,” kata Rosmah.

Dianjurkan di bawah naungan Kementerian Ekonomi Emiriyah Arab Bersatu (UAE), forum dua hari itu yang bermula semalam, turut dihadiri Pengerusi Majlis Peniagawati Arab Yang Mulia Sheikha Hisah Saad Abdulah Salem Al-Sabah.

Menghimpunkan 300 ahli perniagaan berpengaruh dan pemimpin pemikiran berpengaruh dari seluruh dunia, forum ini bertujuan untuk melakukan perubahan dengan membincangkan isu penting berkaitan wanita dalam kepimpinan.

Delegasi Malaysia ke forum itu turut dianggotai Perunding Kanan kepada Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Presiden Peniagawati Dato Azlin Ahmad Shaharbi. – BERNAMA

Tags: Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd