Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Bayi Hidap Pfeiffer Syndrome...

Tiada ada yang lebih sebak dan memilukan apabila melihat anak yang dikandung selama...

MCA, MIC Jangan Terburu-Buru,...

PEMUDA UMNO menasihatkan agar 2 parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC...

PM Curi Tumpuan Pada...

PEKAN - Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik...

Penganggur Didakwa Bunuh Warga...

KLANG: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...

Tak Sensitif! Rai Halloween Dengan Kostum Bertema MH370

DI saat kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 dan tragedi MH17, ada segelintir pihak di luar sana yang dilihat tidak sensitif apabila meraikan perayaan Halloween dengan mengenakan kostum bertemakan MH370.

Mereka menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang melucukan tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat yang sehingga kini masih tidak mengetahui status sebenar orang kesayangan mereka.

Malah, ada yang memakai uniform juruterbang dengan tag nama Hamid merujuk kepada pembantu juruterbang MH370, Fariq Hamid dan kapten yang mengemudi pesawat, Zaharie Ahmad Shah.

Menurut anak salah seorang krew penerbangan MH370, Andrew Nari iaitu Maira Elizabeth Nari, pada mulanya dia tidak perasan dengan perkara itu namun selepas diperhatikan semula gadis itu merasakan perbuatan mereka adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima.

“Selepas melihat kostum yang mereka pakai, satu perkara yang terlintas di fikiran saya, saya dah jumpa tempat untuk mereka iaitu di neraka. Mereka ingat perbuatan itu sesuatu yang melucukan, tetapi sebenarnya ia langsung tidak melucukan,” katanya memetik laporan Malay Mail.

Maira sekeluarga bagaimanapun tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah berhubung isu tersebut namun berharap masyarakat dunia mengetahui batasan mereka berhubung isu yang dilihat sangat sensitif ini. – MYNEWSHUB.CC


MH370 1

MH370 2

MH370

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori