• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbangan Allahyarham Mohd Bakri Kepada Polis Tak Ternilai

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sumbangan Allahyarham bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar sepanjang perkhidmatannya dalam pasukan keselamatan itu amat banyak dan tidak ternilai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sepanjang mengenali Mohd Bakri, arwah tidak jemu menyalurkan idea bagi meningkatkan lagi operasi antikeganasan ketika memegang jawatan tertinggi pasukan polis itu mahupun selepas bersara.

“Semasa saya mengambil alih pentadbiran Kementerian Dalam Negeri, arwah banyak memberikan idea pembanterasan jenayah di negara kita.

“Saya mewakili perdana menteri yang berada di Beijing, timbalan perdana menteri di Jepun dan Ketua Polis Negara kini yang turut berada di luar negara untuk menziarah keluarga arwah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Allahyarham di Aman Perdana, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara khususnya untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau menyifatkan idea dan sumbangan bekas ketua polis itu banyak membantu melaksanakan tugas pembanterasan serta pencegahan jenayah.

Mohd Bakri, 66, Ketua Polis Negara ketujuh menghembuskan nafas terakhir akibat kanser mulut dan usus kira-kira pukul 8.40 pagi ini di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya setelah menderita penyakit berkenaan sejak setahun lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Maizura Yusuf, 43, dan tiga anak iaitu Eda Mastura, 41, serta Mahathir dan Mahadi masing-masing 35 tahun.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dari IKN tiba di rumahnya kira-kira 11.40 pagi untuk dimandi dan dikafan sebelum disembahyangkan di Surau Baitul Rahman, Aman Perdana seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menyifatkan arwah Mohd Bakri sebagai seorang yang amat tegas terutama dalam isu berkaitan disiplin dan integriti.

“Saya pernah bekerja di bawah pentadbirannya dalam satu tempoh yang agak panjang dan sifatnya yang tegas ‘luar biasa’ itu menjadikan saya betul-betul hormat padanya.

“Sepanjang memegang jawatan tertinggi polis, arwah langsung tidak bertolak ansur dalam isu penyelewengan malah apa saja isu yang melanggar integriti,” katanya.

Menurut Mohamad Fuzi, bekas Ketua Polis Negara itu pernah menyandang beberapa jawatan termasuk ketua polis di beberapa daerah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Ketua Polis Kuala Lumpur dan beberapa kedudukan penting lain dalam pasukan keselamatan itu.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah pengarah-pengarah Jabatan dari Bukit Aman, Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah dan pegawai-pegawai kanan serta anggota-aggota PDRM. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd