Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama tiga hari mulai hari ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Sultan Hassanal Bolkiah dijadual menghadiri perundingan tahunan pemimpin Malaysia-Brunei ke-18 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada hari yang sama.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis makan tengah hari untuk meraikan kehadiran baginda ke Malaysia, memetik laman berita Astro Awani.
Sultan Hassanal Bolkiah akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang pada 5 November.
Mesyuarat rundingan tahunan bersama merupakan acara peringkat tertinggi paling penting antara kedua-dua negara.
Dalam lawatan rasmi itu, baginda akan diiringi beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Brunei. – MYNEWSHUB.CC