• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang Piala Malaysia, Pemain Tok Gajah Terima RM60,000 Seorang?

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang bakal memberi ganjaran wang tunai dua kali ganda daripada jumlah yang diberikan tahun lepas, kepada skuad Tok Gajah atas kejayaan membawa pulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, musim ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jumlah itu setimpal dengan usaha dan penat lelah pasukan itu untuk mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir, Sabtu lepas.

“Saya tidak mahu beritahu berapa tetapi jumlahnya dua kali ganda dari tahun sebelum ini. Saya rasa ganjaran tersebut sangat berbaloi untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan kepulangan dan meraikan kejayaan skuad Tok Gajah, bersama-sama kira-kira 30,000 penyokong pasukan itu di Stadium Darul Makmur, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Pada tahun lepas, Adnan mengumumkan ganjaran wang tunai RM30,000 kepada setiap pemain dan pegawai, termasuk imbuhan kepada pegawai sokongan skuad Tok Gajah berikutan kejayaan mereka memenangi Piala Malaysia 2013.

Mengulas lanjut, Adnan berkata ganjaran tersebut akan diberikan kepada seluruh pasukan termasuk pemain, pegawai dan pegawai sokongan pasukan berkenaan.

“Semua yang terlibat kita akan beri termasuklah tukang buat air. Jumlah itu nanti kita umumkan tetapi yang pasti ganjaran ini kita akan berikan secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan yang dikecapi oleh skuad Pahang itu adalah hasil usaha Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman, yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memajukan bola sepak Pahang.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang, namun tanpa sokongan penyokong kita tidak akan sampai ke tahap ini,” katanya.

Pada aksi akhir Piala Malaysia 2014 Sabtu lepas, Pahang menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

Terdahulu, skuad Tok Gajah diarak menaiki sebuah bas khas dua tingkat dari Plaza Tol Kuantan hingga ke Stadium Darul Makmur, dengan diiringi kira-kira 20,000 penyokong bola sepak negeri itu. – BERNAMA

Tags: Skuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPR Sebuah Badan Bebas Dan Berani – Shahidan

Next Post

Mahu Duet Pitbull, AC Harap Paranoid Terjual Sejuta Unit

Related Posts

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

Tok Gajah Mahu Ungguli Kumpulan D Piala Malaysia

17/08/2018
0

KUANTAN - Semangat juang skuad Pahang kian membara untuk merebut slot teratas Kumpulan D saingan Piala Malaysia apabila turun menentang...

Next Post

Mahu Duet Pitbull, AC Harap Paranoid Terjual Sejuta Unit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd