• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Bertemu Telco, Bincang Persediaan Hadapi Bencana

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat telekomunikasi (Telco) Isnin ini bagi membincangkan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam pada musim hujan ini.

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, persediaan itu termasuk memastikan keupayaan sistem komunikasi terutama di
kawasan yang berpotensi berlakunya bencana alam sentiasa dalam keadaan baik.

“Kita (SKMM) memang mempunyai koordinasi dengan syarikat-syarikat telco dalam memantau sistem komunikasi di sesuatu kawasan termasuk pencawang telekomunikasi agar sentiasa berfungsi dengan baik.

“Terutamanya pada setiap hujung tahun di mana selalunya akan berlaku banjir dan bencana alam yang lain yang mungkin menyebabkan berlakunya telekomunikasi ‘down’ di kawasan terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pada pertemuan itu nanti, SKMM dan syarikat telco juga dijangka meneliti setiap kemungkinan yang akan berlaku dan mengenal pasti penyelesaian atau persediaan awal yang boleh dilakukan.

Sheikh Raffie berkata, kebiasaannya apabila berlaku sesuatu bencana alam, sistem telekomunikasi di kawasan terbabit boleh menjadi lemah atau ‘down’ berikutan kadar komunikasi meningkat melebihi kapasiti pencawang.

Katanya, pencawang telekomunikasi di sesuatu kawasan hanya mampu menampung jumlah penggunaan atau kapasiti tertentu bergantung kepada yang telah ditetapkan syarikat telco yang memilikinya.

“Selalunya di sesuatu kawasan yang sebelum ini kapasiti penggunaan telekomunikasinya rendah boleh naik mendadak ekoran bencana alam dan sebagainya dan ini akan melemahkan signal sekali gus mengganggu telekomunikasi itu sendiri.

“Situasi ini, pastinya akan menjejaskan aktiviti telekomunikasi pasukan penyelamat dalam menyampaikan bantuan di kawasan yang berlaku bencana alam,” katanya.

Katanya, keadaan itu boleh diburukkan lagi dengan sikap orang ramai yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka atau memuat naik di laman-laman sosial.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai atau pihak yang berada di sesuatu kawasan bencana mengurangkan penggunaan telefon bimbit yang kurang penting bagi ‘memberi laluan’ kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Mengulas insiden banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands, Sheikh Raffie berkata, SKMM telah pun mengkoordinasi pemantauan bersama syarikat telco bagi memastikan telekomunikasi di kawasan terbabit berfungsi dengan baik bagi membantu pasukan penyelamat dalam operasi mereka. – BERNAMA

Tags: SKMMTelco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd