• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharnaaz Terima Kritikan Watak ‘Sotong’ Kurang Umph

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJENGAH kaca televisyen baru dua episod namun ramai yang komen watak lelaki lembut didukung pelakon popular Sharnaaz Ahmad dalam Suamiku Encik Sotong, kurang menjadi.

Tabik harus diberikan kepada Sharnaaz kerana mengakui kelemahan dalam wataknya itu apabila diminta komen, namun dia menyifatkan peranannya sebagai lelaki lembut tidaklah gagal sepenuhnya.

“Saya terima tawaran drama itu adalah kerana skripnya yang bagus selain watak lelaki lembut yang belum pernah saya bawa,” katanya.

sotong

Tambah Sharnaaz kepada portal MStar, dia telah cuba membawa karakter lelaki lembut sebaik mungkin namun tidak menafikan pada awal episod, penonton dapat mengesan kelemahan kerana dia masih malu-malu.

Walau bagaimanapun, dia tidak tersinggung dengan kritikan dari penonton kerana ia merupakan pengalaman pertamanya memegang watak demikian.

“Saya terbuka dengan setiap komen yang diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu mengasah bakat untuk watak sebegitu. Cuma jangan mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.”

Sharnaaz yang terkenal dengan watak gangster juga bersyukur dengan penerimaan terhadap naskah tersebut memandangkan rating pada episod pertama sahaja mencecah 1.3 juta tontonan.

Suamiku Encik Sotong yang turut dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin, bersiaran setiap Isnin di saluran Astro Ria (014) dan Maya HD (135). – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: drama melayuSharnaaz Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap Nabila

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kemelut perkahwinan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd. Noor memasuki episod baharu apabila...

Noor Nabila Fail Permohonan Hak Jagaan Sementara Anak

19/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd. Noor memfailkan permohonan interim hadhanah (hak jagaan sementara) anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd