Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

4 Calon Dikenal Pasti...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenal pasti empat calon yang...

Letak Calon Wanita Cuma...

BATU PAHAT – Hasrat pembangkang meletakkan beberapa calon wanita di negeri ini adalah...

Android M Dikatakan Akan...

SEJUMLAH peranti masa kini mempunyai sokongan pengimbas cap jari secara terbina di mana penggunaannya...

Kabinet Setuju Keputusan Haramkan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal...

Lawak!! Bila Peminat Bagi Cadangan Nama Anak Che Ta…

Kelahiran bayi sulung perempuan Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin sememangnya hangat diperkatakan sejak dalam kandungan lagi.

Daripada isu sponsor yang seolah-olah mempertikaikan rezeki bakal cahayamata pelakon jelita ini, netizens bagaikan terpana apabila melihat wajah bayi Che Ta yang lahir tempoh hari. Rata-rata geram melihat kecomelannya.

Dalam keterujaan itu, ramai pula yang tak sabar ingin mengetahui nama bakal diberi Che Ta dan Zain untuk puteri sulung mereka ini. Maklumlah, selama ini mereka  hanya mengelarkan bayi ini PrincessLove sahaja.

Justeru bila pasangan ini beri lampu hijau untuk cadangkan nama bayi bersama maksudnya sekali di laman sosial mereka, wahhh ramai sungguh yang tampil dengan idea masing-masing.

Malangnya, ramai yang bagi cadangan lebih ke arah melawak daripada betul-betul. Tengoklah SCREENSHOT kat bawah ni… kami sendiri  terkekeh-kekeh ketawa membacanya.

Antara nama yang dicadangkan adalah Rozita Che TWO, Sizuka, Ziana (Zain) dan Kiah Pekasam.


Screen-Shot-2014-11-06-at-10.50.49-AM-630x618

Alahai, masyarakat Malaysia memang kaya dengan senda gurau sampai ketawa tak kering gusi dibuatnya.

Apa pun, sesiapa yang tidak sabar ingin mengetahui nama sebenar anak Rozita Che Wan dengan Zain Saidin haruslah nantikan pengumuman mereka pada H Live nanti.
MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH RADZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori