Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Tol Percuma, Aliran Trafik...

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada hari...

PH Tidak Akan Haram...

ANGKUH... Sebelum ini, seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dengan angkuh dakwa jika...

Hanya Kerana Hutang, Budak...

INDIA – Malang menimpa budak lelaki berusia sembilan tahun ini apabila dia diikat,...

Pelajar Dipaksa Tulis Karangan...

ANDA percaya tak bahawa karangan ini adalah tulisan tangan? Ini kerana ia lebih...

Serangan Udara Tidak Lemahkan IS – Syria

BEIRUT – Menteri Luar Syria berkata serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat (AS) gagal melemahkan IS di Syria dan dan kumpulan jihad itu tidak akan diatasi melainkan Turki dipaksa mengetatkan kawalan sempadan.

Pakatan yang diketuai AS mula menyerang sasaran IS di Syria pada September lalu sebagai sebahagian daripada usaha memusnahkan kumpulan yang menguasai kawasan besar di negara itu dan Iraq.

“Semua petunjuk merumuskan bahawa IS hari ini, selepas dua bulan serangan udara pakatan, masih tidak dilemahkan,” kata Menteri Luar, Walid al-Moualem, dalam temubual bersama TV Al Mayadeen yang berpangkalan di Beirut.

Kerajaan Syria menyatakan sebelum ini bahawa ia sanggup menyertai peperangan terhadap IS tetapi AS enggan berurusan dengan Presiden Bashar al-Assad yang disifatkannya hilang kelayakan untuk memerintah dan sepatutnya melepaskan kuasa.


“Jika Majlis Keselamatan PBB tidak dipaksa mengawal sempadannya maka semua tindakan ini tidak akan menghapuskan IS,” katanya.

Turki yang berkongsi sempadan sepanjang 900 kilometer dengan Syria menafikan dakwaan bahawa ia menyokong militan Islam dalam usahanya menggulingkan Assad. – Reuters

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori