• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Sepanyol Bakal Berpecah Malam Ini?

oleh
10/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Selepas Scotland melaksanakan pungutan suara khas untuk berpisah daripada Great Britain pada 18 September lalu, malam ini seluruh dunia berdebar menyaksikan wilayah antara terbesar dan terkaya di Sepanyol, Catalonia melakukan perkara sama.

Namun, berbeza dengan Scotland yang majoriti pengundi masih mahu kekal dalam United Kingdom sejak tahun 1707, bancian terkini membayangkan 7.4 juta warga Catalan mungkin ‘bercerai’ daripada pentadbiran Madrid sejak disatukan secara paksa pada 1714.

Keputusan rasmi dijangka lewat malam ini atau awal pagi esok, di sebalik usaha Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajov berikrar mempertahankan wilayah itu yang kini dikuasai Arthur Mass, pemimpin prokemerdekaan sejak mendapat kuasa autonomi pada 2006.

Kaum Catalan yang membentuk 80 peratus penduduk wilayah Catalonia dengan bahasa berbeza daripada Sepanyol difahamkan tidak sabar memangkah kotak ‘Ya’ pada soalan ‘Adakah anda mahu negeri ini menjadi sebuah negara dan seterusnya merdeka?’

Madrid memberi amaran kepada Barcelona agar tidak menjadikan bangunan awam milik pemerintah pusat seperti sekolah dan dewan komuniti diguna sebagai pusat pengundian kerana ia jelas menyalahi undang-undang negara tetapi ironi itulah yang berlaku.

Tidak seperti Scotland, proses pengundian di Catalonia dilakukan sendiri melibatkan kira-kira 41,000 sukarelawan tempatan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Sepanyol enggan terlibat, sama seperti kes pungutan suara di timur Ukraine yang dikuasai pemisah pro-Rusia.

Jika Catalonia merdeka, apa yang pasti La Liga Primera Division, liga bola sepak ketiga terbesar di dunia diasaskan sejak 1929, selepas Bundesliga Jerman dan English Premier League; turut akan berubah wajah tanpa pasukan gergasi Barcelona FC. – Agensi

Tags: autonomiBarcelonaEnglandMadridPilihan RayaScotlandSepanyol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd