Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Luahan ‘Jiwang’ Che Ta...

PEJAM celik, pejam celik rupa-rupanya usia perkahwinan selebriti terkenal Rozita Che Wan (Che Ta)...

COVID-19: Majlis Aidilfitri Istana,...

KUALA LUMPUR - Lima acara majlis rasmi kerajaan untuk tahun ini dibatalkan berikutan...

Presiden IPF Sambanthan Meninggal...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Datuk M. Sambanthan...

Najib Tegur Sebar Berita...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur...

Bangunan 40 Tingkat Sebagai Kediaman Untuk Keluarganya, Gila!

Sekiranya anda melihat bangunan ini, mungkin perkara pertama yang anda teka ialah sebuah kompleks pejabat yang tinggi ataupun kondominium yang diduduki ratusan keluarga.

kaya1

Tetapi anda mungkin tidak percaya, bangunan ini dibina untuk sepasang suami isteri dan tiga anak!

Kompleks dengan keluasan 400,000 kaki persegi ini diberi nama Antilia, dimiliki oleh Mukesh Ambani, jutawan terkaya India yang mempunyai harta kekayaan bernilai USD 22.3 Billion.

kaya3

Sesetengah tingkat di Antilia mempunyai siling “double-height”, jadi ianya adalah 27 tingkat dan ketinggian sebenar adalah hampir kepada ketinggian bangunan 40 tingkat.

Terletak di Altamount Road, Mumbai, bangunan yang dibina dengan kos hampir USD 1 Billion ini merupakan salah satu kawasan paling mahal di dunia.

kaya4

Bangunan ini mempunyai gym, studio tari, ballroom, kolam renang, taman bunga dan pawagam dengan 50 tempat duduk.

Lobi dalam Antilia ini sahaja mempunyai sebanyak sembilan lif .

kaya5

Chandelier kristal memenuhi ruang siling di ballrom, terdapat juga pentas dan dapur untuk memenuhi ratusan tetamu.

Terdapat beberapa ruangan lounge di kediaman berkenaan dengan karpet, cermin dan chandelier menghiasi pemandangan.


kaya6

Dua rekaan berkonsepkan matahari dan teratai , diulangi di seluruh rumah agam itu dengan penggunaan bahan yang sukar ditemui seperti kristal, marmar, dan ibu mutiara.

kaya7

Pandangan di waktu malam.

kaya8

Antilia mempunyai 6 tingkat garaj untuk 168 kereta dan mempunyai tiga helipad di atas bumbung, sekiranya anda sampai melalui udara.

Tempat kediaman keluarga itu adalah di tingkat atas “kerana kami mahu cahaya matahari,” kata Nita Ambani isteri kepada Mukesh memberitahu Vanity Fair.

kaya9

 

Sumber: Vanity Fair

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori