• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 20 Lebuh Raya Layak Terima Kenaikan Tol Pada 2015

oleh AK-47
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 20 buah lebuh raya berkelayakan untuk mendapat kenaikan tol pada tahun depan kerana syarikat konsesi berkenaan telah disenaraikan dalam sesi penggulungan Bajet 2015.

Perkara berkenaan dinyatakan dalam satu kenyataan media oleh Kementerian Kerja Raya hari ini.

Menurut kenyataan itu, merujuk laporan media hari ini yang menyebut bahawa kadar tol tidak akan naik pada 2015, kementerian mengeluarkan kenyataan berkenaan bertujuan memberi penjelasan lanjut.

BACA – Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau Hapus Lorong TUNAI Mulai 22 November

“Apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin), semasa penggulungan Bajet 2015 Peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kerja Raya adalah berkaitan peruntukan Bajet 2015, sejumlah RM558.69 juta telah dipohon sebagai pampasan jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol pada 2015.

“Kementerian Kerja Raya ingin menjelaskan bahawa ini adalah prosedur biasa untuk permohonan bajet supaya peruntukan tersedia sekiranya keputusan tidak ada kenaikan tol diputuskan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata, tiada sebarang kenyataan dalam jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya yang menyatakan bahawa 2015 tidak akan berlaku kenaikan tol.

Oleh itu, dalam kenyataan berkenaan, kementerian menyenaraikan senarai 20 konsesi lebuh raya yang layak menerima kenaikan tol tahun depan.

1. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
2. Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
4. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
5. Storm Water Management and Road Tunnel (SMART)
6. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
7. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
8. Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
9. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
10. Lebuhraya Koridor GUTHRIE (GCE)
11. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
12. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
13. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
14. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
15. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
16. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
17. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
18. Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
20. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Menurut kenyataan itu, keputusan tol akan dinaikkan atau tidak akan bergantung kepada Jawatankuasa Khas Menangangi Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang akan memperincikan semua aspek sama ada dari sudut kewangan dan kos sara hidup rakyat serta membuat cadangan kepada kabinet.

“Jawatankuasa ini juga boleh mencadangkan pilihan lain dalam mengurangkan beban rakyat sekiranya kenaikan tol diluluskan.

“Sehingga kini, tiada sebarang keputusan berkaitan sama ada akan dibenarkan kenaikan tol atau pun tidak, permohonan peruntukan hanya sebagai prosedur bajet sahaja,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2015Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd