• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Mahu Tingkatkan Perdagangan Dua Hala – Najib

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Russia menyuarakan hasratnya untuk meluaskan skop sedia ada yang terhad kepada peluang perniagaan dan perdagangan dengan Malaysia, selain mahukan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ditingkatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec 2014, di sini berkata, dalam pertemuan itu mereka membincangkan kaedah kedua-dua negara dapat menjalankan perniagaan secara lebih konstruktif.

Bercakap kepada media Malaysia di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perdagangan kedua-dua negara kini menunjukkan trend peningkatan.

“Dagangan Malaysia-Russia bagi 2012-2013 meningkat 66.6 peratus dan bagi tempoh Januari-Julai tahun ini, angkanya meningkat 70 peratus. Ini menunjukkan bahawa prospek peningkatan perdagangan antara Russia dan Malaysia sangat baik,” katanya sambil menambah pertemuan itu berlangsung atas permintaan Putin.
Najib berkata, Putin juga berharap kerjasama dengan PETRONAS dalam sektor minyak dan gas dapat ditingkatkan dan diperluaskan.

Mengenai pelancongan, Najib berkata lebih banyak usaha diperlukan bagi menarik lebih ramai pelancong Russia ke Malaysia memandangkan jumlahnya masih kecil berbanding pelawat dari negara lain.

“Banyak pelancong Russia melawat Dubai dan Phuket, tetapi tidak ramai datang ke Malaysia. Oleh itu kita perlu bertindak bagi memastikan lebih ramai daripada kalangan mereka, berkunjung ke Malaysia,” katanya.

Najib berkata, Putin juga menyatakan hasratnya untuk menjalin kerjasama dalam industri farmaseutikal dan penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan dan berharap Malaysia membeli lebih banyak peralatan persenjataan dari Russia.

Sementara itu pada pertemuan beliau dengan Ketua Eksekutif Wilayah Khas Hong Kong, Leung Chun-ying, Najib berkata ‘Perjanjian Kerjasama Ekonomi Lebih Rapat’ Hong Kong-China telah membuka peluang untuk ahli perniagaan Malaysia melabur di wilayah itu.

“Saya juga berharap lebih banyak pelancong Hong Kong melawat Malaysia, dan Leung bersetuju untuk bekerjasama, bukan sahaja bagi Hong Kong, bahkan Guangdong,” katanya.

Mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key, Najib mengucapkan tahniah atas kemenangan Key dengan majoriti besar pada pilihan raya umum negara itu.

Pada pertemuan itu, Najib turut membincangkan kes membabitkan Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, yang didakwa melakukan serangan seksual dengan niat merogol seorang wanita. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd