• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Pusingan Akhir TPP Awal Tahun Depan – Najib

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada prinsipnya, semua 12 negara yang terlibat dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bersetuju agar rundingan pusingan terakhir dapat dilaksanakan pada awal tahun depan.

Pemimpin dari 12 negara yang terlibat dalam rundingan TPP yang mengadakan mesyuarat di luar acara Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) hari ini, bagaimanapun turut bersetuju bahawa ia juga bergantung kepada beberapa perkara.

Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

“Saya sebutkan kepada mereka yang kita mempunyai beberapa bidang yang begitu sensitif dan dekat dengan dasar kita terutamanya dasar dalaman.

“Ini terutama sekali dalam soal agenda Bumiputera, syarikat milik kerajaan dan kita mahu supaya negara-negara TPP memberi memberi kelonggaran untuk membolehkan kehendak Malaysia diambil kira,” kata Najib kepada media Malaysia di sini.

Negara yang berunding dalam TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Perdana Menteri berkata, sekiranya ini dapat dilakukan, mungkin apa yang Malaysia tuntut selama ini iaitu mengikut kehendak sendiri dapat dicapai.

“Tempoh agak begitu ketat tetapi kita cuba, kalau tak dapat, kita tengoklah perkembangan selanjutnya.

“Saya menjangkakan rundingan ini akan begitu menekankan rundingan yang intensif yang perlu dilakukan dalam beberapa bulan akan datang ini,” katanya.

Najib berkata, Malaysia komited terhadap apa yang akan dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat.

Mengenai Majlis Penasihat Perniagaan Apec (ABAC), Najib berkata perbincangan bertumpukan kepada liberalisasi perdagangan, Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemerkasaan wanita, pembangunan prasarana dan kewangan serta Forum Kewangan Asia Pasifik (APFF).

“Saya membangkitkan dua bidang yang berpotensi di mana Malaysia boleh memberi sokongan kepada APFF iaitu melalui pasaran modal, perkongsian awam swasta dan penerbitan sukuk,” katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi inisiatif Malaysia dalam memudahkan pembiayaan bagi PKS selain pembiayaan bank konvensional seperti melalui pembiayaan mikro modal teroka dan skim kerajaan.

Selain itu, turut dibangkitkan ialah langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memperkasa wanita dalam ekonomi melalui peningkatan penyertaan mereka dalam membuat keputusan, menambah akses mereka kepada modal serta meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd