• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizalman Mengaku Tak Salah Di Mahkamah New Zealand Hari Ini

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan cuba melakukan pencabulan di mahkamah daerah Wellington pagi ini dan memohon agar dibicarakan oleh juri.

Rizalman diekstradisi ke New Zealand bulan lalu selepas meninggalkan negara berkenaan mengikut kekebalan diplomatik selepas dihadapkan ke mahkamah Mei lalu.

Dalam perbicaraan hari ini, dia menafikan tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah Februari depan.

Ketika dihadapkan di mahkamah sebelum ini, Muhammad Rizalman dibebaskan dengan jaminan di sebuah tempat yang tidak dinyatakan tetapi dikehendaki menyerahkan pasport dan diletakkan di bawah perintah berkurung pada waktu malam.

Dia dituduh mengekori dan melakukan cubaan untuk mencabul kehormatan seorang wanita, Tania Billingsley, 21, di rumahnya di Wellington pada 9 Mei lalu berdekatan dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand. – AFP

Tags: Muhammad Rizalman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Seks Di NZ: Rizalman Dihukum Tahanan Rumah 9 Bulan

06/02/2016
0

WELLINGTON - Bekas pegawai waran II yang melakukan serangan sumbang terhadap seorang wanita di New Zealand telah dijatuhi hukuman tahanan...

Tekanan Punca Penilaian Negatif – Rizalman

07/12/2015
0

PETALING JAYA - Bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail mendakwa amalan rasuah di kalangan pegawai kanan dan tindakan menyalahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd