• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ritual Semut’ Suku Kaum Asli Amazon Yang Pergh! Menyakitkan

oleh AK-47
04/11/2014
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Satere Mawe, adalah suku kaum asli di hutan Amazon Brazil yang mengamalkan adat pelik lagi menyakitkan.

Ia adalah membiarkan diri digigit oleh semut Paraponera (dipanggil semut peluru atau bullet ant) yang merupakan adat warisan turun temurun mereka.

Ritual ini dilakukan sebagai syarat utama untuk melayakkan seseorang remaja lelaki dalam suku kaum itu diterima umum sebagai lelaki matang dan dewasa.

Melalui sebuah video yang dikongsikan, seorang pemuda bernama Hamish melakukan eksperimentasi ke atas dirinya bagi menguji betapa sakitnya pengalaman digigit oleh semut peluru ini.

Tangan individu tersebut akan disarungkan dengan sejenis sarung tangan khas yang dianyam.

Di dalam sarung tangan itu serta di celah-celah barisan anyamanlah, akan diletakkan beratus ekor semut peluru.

sarung-tangan-semut-peluru 2

Mereka yang kental dan kuat semangat untuk menjadi lelaki terpaksa bertahan disengat semut tersebut.

Hamish sendiri, dipaksa bertarung dengan kesakitan akibat gigitan semut-semut peluru itu sekurang-kurangnya selama 10 minit di mana dalam tempoh itu dia tidak boleh mengaduh apatah lagi menitiskan air mata.

“Sakitnya memang luar biasa. Ianya sama seperti kita memasukkan tangan ke dalam api,” ujar Hamish.

Walau bagaimanapun, kesakitan sebenar bukanlah ketika memakai sarung tangan itu.

Sebaliknya rasa sakit akan lebih terasa apabila sarung tangan dibuka.

Melalui video tersebut, anda boleh lihat sendiri reaksi Hamish yang melopong kesakitan seperti tangan telah dibakar hidup-hidup.

Bisa yang mengalir ke dalam setiap urat tangan akan mula memberikan kesan.

Bagi kaum Satere Mawe, simbolik di sebalik adat ini adalah mendidik anak lelaki suku tersebut supaya menjadi orang dewasa yang mampu melindungi keluarga dan berani menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.

Sumber: whyevolutionistrue

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB

Tags: myVideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lawak: Gigih Menari Rave Sebelum Dirotan Emak

13/11/2016
0

RAKAMAN seorang remaja lelaki yang gigih menari rave sebelum dipukul ibunya pada akhir video menjadi viral di laman sosial, baru-baru...

Video: KJ Terkedu Lepas ‘Dipikat’ Wanita Ini

10/10/2016
0

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) sering diberi jolokan 'tall, dark and handsome' berikutan fizikal tubuhnya. Diakui juga, KJ...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd