Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Enggan Jawab...

GEORGE TOWN - Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba mengelak daripada menjawab...

Harga Petrol Naik 6...

KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 6 sen mulai tengah malam ini,...

Usul Rujuk Najib Ke...

KUALA LUMPUR : Pembangkang mengemuka usul meminta supaya Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri...

GST, SST Perlu Dibandingkan...

KUALA LUMPUR – Sebarang perbandingan antara cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan cukai...

Remaja ‘Dikenduri’ Lima Rakan Teman Lelaki Di Puchong

Padah menumbuk salah seorang rakan kepada teman lelakinya, seorang remaja dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki dalam satu kejadian di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, kejadian yang dilaporkan berlaku minggu lepas terjadi selepas mangsa yang berusia 16 tahun dan teman lelakinya pulang daripada menjamu selera kira-kira jam 1 pagi.

Ketika pulang, mangsa bersama kekasihnya, Mohd Hisyam, seorang warganegara Myanmar, dikatakan diikut lima lelaki lain sebelum bertembung dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka untuk pemeriksaan.

Namun, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, mereka berjaya melarikan diri daripada pihak polis sebelum menuju ke satu lokasi.


Ketika di tempat kejadian, mangsa telah diraba oleh salah seorang suspek sebelum dia bertindak menumbuk pemuda tersebut sehingga cedera.

Ujar Yahaya, “Suspek menjadi marah lalu bertindak merogol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.”

Sehingga kini, empat daripada suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih dalam buruan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori