• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Lawat Ibu Pejabat FIFA

oleh Ahmad Albab
29/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZURICH – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini dalam rangka lawatan kerja yang padat di Switzerland melawat ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini semalam.

Baginda yang diiringi puteri kedua Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Mohd Fo’ad Sakdan disambut Timbalan Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam FIFA Alexander Koch.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP berada di Switzerland sejak Khamis lalu bagi mengetuai delegasi universiti itu yang mengadakan Program Jelajah Ilmu ke-10 di Switzerland.

FIFA yang diwujudkan pada 1904 dianggotai 209 persatuan bola sepak daripada seluruh dunia.

Sempena lawatan itu, baginda diberi taklimat mengenai perjalanan FIFA oleh Koch serta dibawa melawat ke seluruh bahagian ibu pejabat itu termasuk surau bagi kemudahan tetamu beragama Islam.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga peminat sukan bola sepak pernah bermastautin di Zurich selama empat tahun sehingga 2002 ketika berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan bagi Switzerland, Austria dan Eropah Tengah untuk Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan lawatan ke ibu pejabat FIFA itu, bukan kali pertama.

Sementara itu baginda dan Sharifah Farah Adriana diiringi Konsul Kehormat Malaysia di Basel Datuk Jeffery Sandragesan meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola sepak peringkat kumpulan bagi Piala Liga Juara-juara antara FC Basel dan Real Madrid di Stadium St. Jakob, Basel.

Pertandingan itu menyaksikan Real Madrid menang 1-0 dengan gol disumbangkan bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo. – BERNAMA

Tags: FIFARaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden FIFA Bodoh – Cuba Paksa Wakil Palestin Bersalaman Dengan Wakil Israel

Presiden FIFA Bodoh – Cuba Paksa Wakil Palestin Bersalaman Dengan Wakil Israel

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub  ZURICH – Tindakan Presiden Gianni Infantino mencetuskan kontroversi selepas beliau didakwa cuba memaksa wakil Palestin bersalaman dan berdiri...

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR: Kejohanan FIFA World Cup 2026 dijangka menjadi edisi paling epik dalam sejarah bola sepak apabila buat pertama kalinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd