Dah namanya pembangkang, maka kerjanya adalah membangkang.
Itulah yang boleh dikatakan terhadap kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang tetap berkeras mahu menganjurkan demo disebabkan penghapusan subsidi minyak.
Dari aspek pengguna, pengumuman Kerajaan pada hari ini bahawa harga Ron95 dan diesel akan menggunakan kaedah pengapungan terkawal (managed float) bermula 1 Disember 2014 sepatutnya diambil dari sudut ‘win-win situation’.
BACA: Harga RON95 Dan Diesel Ikut Kaedah ‘Manage Float
Malah kaedah sama yang digunapakai terhadap harga Ron97 sejak Julai 2010 menyaksikan penurunan harga 20 sen berikutan turunnya harga minyak mentah dunia, bermula kelmarin.
Sebaliknya, puak pembangkang termasuk Rafizi yang gemar berteriak ‘kalau dah naik harga, tak mungkin Kerajaan turunkan semula harga’ tetap memutar modal ‘hapus subsidi’ untuk menghasut rakyat memberontak.
Nah, menerusi kaedah managed float inilah masanya, harga minyak diadili dengan lebih adil di mana jika harga minyak mentah dunia turun tapi harga minyak di negara ini tak ikut turun, maka rakyat berhak marah. Nak macam mana lagi?
Orang yang tak pandai ekonomi pun boleh congak, mengapa Jokowi yang belum pun panas punggung menduduki kerusi presiden di negara seberang sanggup ambil keputusan tak popular apabila potong subsidi sekaligus membuat harga minyak di negara itu naik.
BACA: Subsidi Dikurangkan, Harga Petrol Indonesia Naik 30 Peratus
Bayangkan, cara rakyat Indonesia hambur kemarahan di sana lagilah dahsyat tapi Jokowi sanggup hadapi kerana berapa banyak nilai pendapatan negara dapat dijimatkan menerusi cara ini.
Fikirkanlah.. subsidi minyak memang beri kelebihan besar pada pemilik kereta, namun lebihan dana yang dapat negara jimatkan daripada pemansuhan subsidi ini boleh beri manfaat lebih luas pada rakyat jelata lain yang lebih susah, entahkan nak naik kereta sendiri cuma satu angan-angan buat mereka.
Justeru jika anda rasa mahu memilih untuk pentingkan diri sendiri, silakan bersama Rafizi berdemo pada 31 Disember ini, kononnya menuntut supaya subsidi minyak dikembalikan pada rakyat.
Pada masa sama cuba fikir dalam-dalam, ada kemungkinan tak keputusan teruskan demo ini sebenarnya ada kena mengena dengan ketandusan modal politik si Rafizi untuk buat anda semua terlupa tentang ‘kejayaannya’ menghuru-harakan parti sendiri, baru-baru ini!
– MYNEWSHUB.CC

