• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Kematian Ahmad Rafikin Akibat Lemas – Polis

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak  mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

“Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini dilaporkan hilang pada Sabtu setelah dia tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, sebelum bapanya Azman Othman memaklum kepada pihak penganjur dan kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang tersepit antara celah batu di kawasan yang terdapat sungai mengalir, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.

“Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

“Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Razif mahu penjelasan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan negeri berhubung kejadian itu.

Mayat Ahmad Rafikin dikebumikan awal pagi tadi. – BERNAMA

Tags: HILANGlemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mangsa Tiba-tiba Ke Kawasan Dalam Sendirian’

‘Mangsa Tiba-tiba Ke Kawasan Dalam Sendirian’

16/11/2025
0

KULIM: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang lemas di lombong pasir Kampung Badlishah, di sini semalam cuba dibantu rakannya ketika...

Air Berpusar Punca Dua Pelajar IPG Mati Lemas Di Pelong

Air Berpusar Punca Dua Pelajar IPG Mati Lemas Di Pelong

14/11/2025
0

SETIU – Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit yang lemas di Lata Desa Warisan, Pelong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd