Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Rangka Manusia Dipercayai Bayi...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja yang sedang mengukur tanah untuk membuat jalan menemui rangka...

Emma Maembong – ‘Tak...

BERMULA dengan kontroversi mengecam perkahwinan anaknya, Yaya Maembong yang dianggap berlebih-lebihan, nama pelukis terkenal,...

SRC: Najib Fail Petisyen...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan petisyen...

Disangka Pengemis Hanya Kerana...

AL-KISAH seorang lelaki bernama Sugimun berasal dari Mojopuro, Jawa Timur, Indonesia yang disangka...

Lepas Papan Selaju, Kasut Ikat Tali Automatik Dari ‘Masa Depan’ Direka

Ketika di bangku sekolah dahulu, kami pasti ada yang tidak menyukai kasut sekolah bertali kerana kadang kala ia melecehkan.

Oleh sebab itulah, penulis hanya membeli kasut jenama Bata tanpa tali kerana ia bukan sahaja lebih mudah digunakan malah senang dicuci.

Sebagai seorang pelajar yang pemalas, penulis tidak nampak logik membeli kasut bertali.

Jika sebelum ini artikel mengenai Hoverboard merupakan inspirasi dari filem Back to The Future 2, haa kali ini kasut automatik Nike Mag (kasut dengan pengikat tali automatik) yang dipakai oleh Michael J Fox dalam filem tersebut pula menjadi inspirasi rekaan ini.

Dinamakan Powerlace, ia merupakan kasut yang terikat secara automatik apabila anda menyarungkannya.


Sistem Powerlace tidak menggunakan sebarang bateri, spring ataupun gear untuk menggerakkan mekanisma mengikat tali.

Sebaliknya ia dilakukan dengan menggunakan berat badan pemakai sendiri.


Pelapik pada bahagian tumit kasut akan bergerak ke bawah dan menarik tali kasut apabila kasut dipakai.

Untuk membukanya pula terdapat tuil pada belakang kasut yang melepas sistem pengunci tali kasut.

Kasut Powerlace sedang mengumpul dana untuk penghasilan secara meluas di Kickstarter.

Tahun 2014 memang tahun yang menarik bagi peminat filem Back To The Future 2 nampaknya!

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori