• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: Hujan Lebat Tak Halang Penyokong Berbaris

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan lebat jelas tidak menghalang ribuan penyokong bola sepak yang terus setia berbaris untuk masuk kawasan tempat duduk di Stadium Bukit Jalil, sebentar tadi.

Malah ada di antara mereka yang membawa anak kecil tetap tidak berganjak keluar daripada barisan panjang lebih 300 meter dari pintu masuk untuk memasuki stadium.

Begitupun, keadaan di kawasan stadium kekal tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku dengan kedua-dua peminat Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap terus berdisiplin.

Peminat kedua-dua pasukan mula dibenarkan memasuki stadium pada jam 4 petang tadi.

Pertemuan final membabitkan dua juara, Pahang dan JDT mencetus fenomena yang menyaksikan 90,000 tiket yang diperuntukkan habis dijual dalam masa beberapa jam selepas dijual, kelmarin.

Pahang mara ke final selepas menewaskan Kedah di separuh akhir manakala JDT mara menewaskan satu lagi pasukan berstatus kelab, FELDA United.

Sejumlah 40,000 tiket diperuntukkan kepada kedua-dua pasukan dengan baki 10,000 dijual secara online.

Sekalipun hanya 90,000 tiket diperuntukkan FAM, lebih 100,000 peminat dijangka memenuhi Stadium Nasional kali ini.

Selain peminat, ratusan peniaga yang sudah berkampung di Bukit Jalil sejak semalam turut menerima tempias akibat hujan.

Hujan lebat diselangi petir mula berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan berhentu sejam kemudian sebelum bersambung 4.30 petang hingga kini. – BH Online

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd