Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Kawasan Parlimen Bagan Datuk...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima...

Isu Banglo: LGE Dan...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan...

KPN Baharu Fokus Tingkat...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menggariskan...

Perumahan Di Iskandar Bukan Untuk Golongan Elit

JOHOR BAHRU – Pembangunan kawasan perumahan di Wilayah Pembangunan Iskandar bukan hanya untuk golongan elit, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, tanggapan orang ramai bahawa perumahan yang dibina di Wilayah Iskandar hanya untuk golongan elit dan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah, tidak tepat sama sekali.

Kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pemaju sentiasa komited untuk memastikan setiap golongan, termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak tercicir daripada mendapat manfaat daripada pembangunan pesat di kawasan ini.

“Masih terdapat ramai orang khususnya di luar Johor yang beranggapan pembangunan di Wilayah Iskandar ini langsung tidak mengambil kira soal rakyat tempatan khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Kita ingin ubah persepsi ini kerana Iskandar Malaysia sentiasa prihatin terhadap keperluan dan kehendak setiap lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor, Denai Nusantara, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Latif Bandi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Anwar Syahrin Abdul Ajib dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Bersama IRDA, berkata sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan berpendapatan rendah di Wilayah pembangunan Iskandar, ialah dengan pembinaan 3,563 unit rumah mampu milik oleh UEM Sunrise yang dijangka siap menjelang 2017.


Jumlah tersebut termasuklah 1,109 unit rumah di lima blok bangunan 12 tingkat yang bakal dibina di Denai Nusantara.

Dalam pada itu, Anwar Syahrin berkata UEM Sunrise sentiasa bertekad untuk terus membangunkan rumah mampu milik di Nusajaya, yang akan dilancarkan secara berperingkat dalam usaha memastikan pemilikan rumah oleh setiap lapisan masyarakat.

“Sebagai antara syarikat pemaju perumahan terbesar di negara ini, adalah menjadi harapan kami untuk membina rumah mampu milik yang berkualiti dengan kemudahan moden untuk keselesaan dan manfaat rakyat serta dapat mempertingkat lagi kualiti hidup masayarakat,” katanya.

Denai Nusantara yang turut membabitkan pembinaan 108 unit lot kedai satu tingkat, terletak di kawasan strategik berdekatan hab pengangkutan terancang di kawasan industri Gerbang Nusajaya.

Ia dilengkapi sistem keselamatan selain kemudahan awam seperti dewan serbaguna, surau, tadika, pejabat pengurusan dan taman rekreasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori