Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

FB Perkenal Penstriman Baru,...

KETIKA majlis acara tahunan Facebook F8 yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat...

Tenis Malaysia Mampu Langkah...

KUALA LUMPUR – Arena tenis Malaysia memiliki peluang besar untuk melangkah ke tahap...

23,808 Anak Penyu Dilepaskan...

SANDAKAN - Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur...

Hans Wong Terus ‘Kunci...

PETALING JAYA - Teman lelaki kepada aktres Tasha Shilla iaitu Hans Wong terus...

Gambar: Padah Tak Rajin Bersihkan Tempat Tidur

Seorang wanita di Londan mengalami penderitaan kulit yang amat teruk gara-gara digigit pepijat yang terdapat pada tilamnya.

Carol Knight, 41, juga terpaksa membakar tilam dan beberapa perabot lain kerana habis rosak akibat digigit serangga berbisa tersebut.

Carol berkata, dia telah memanggil pengawal serangga bagi memusnahkan serangga tersebut namun tidak berhasil kerana selepas beberapa hari, beribu-ribu pepijat akan kembali hadir menghantui hidup Carol dan menghisap darahnya.

ad_150959752

Situasi digambarkan bertambah teruk pada waktu malam menyebabkan Carol mengalami kesukaran untuk tidur kerana terseksa dengan kegatalan pada seluruh badan.

Carol memaklumkan, keadaan kulitnya bertambah teruk dari hari ke hari dan kelihatan menjijikkan.

Bagaimanapun Carol menyatakan, dia akan terus berusaha untuk menghalau pepijat dengan mengupah pelbagai pengawal serangga dengan harapan masalah ini akan selesai akhirnya.

index


OO

Untuk pengetahuan anda, pepijat amat gemar pada tempat yang gelap dan tersorok seperti tempat tidur manusia bagi menetaskan telur-telurnya.

Meskipun pepijat dibunuh namun telur-telur tersebut akan meneruskan legasi keturunannya sebagai penghisap darah manusia.

Antara cara yang boleh dilakukan bagi memusnahkan pepijat adalah merendam kesemua cadar dengan air panas dan menjemur tilam dan bantal di bawah cahaya terik matahari.

Jadi pastikan, rajin-rajin cuci tilam dan tempat tidur anda agar terhindar daripada gangguan hama dan pepijat seperti dialami Carol!  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori