Inilah yang dinamakan ada akal tapi letak kat lutut. Memilih jalan hidup menjadi perompak akhirnya memakan diri sendiri.
Usaha sekumpulan penyamun ‘bodoh’ merompak sebuah bank  dengan berpakaian wanita ternyata sia-sia apabila mereka tersalah mencuri komputer yang disangkakan peti besi mengandungi wang tunai.
Kejadian yang berlaku di sebuah bank di bandar Al Ain Abu Dhabi ini nyata mengejutkan pihak berkuasa apabila penyamun tersebut hanya mengambil komputer.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan tiga suspek lelaki warga Bangladesh yang dikatakan berkait rapat dengan insiden tersebut.
Menurut Ketua Polis Al Ain, Brigadier Hamad Ajlan Al Amimi berkata, tiga lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Habib, 31, Mohammed M, 31, dan Mohammed G, 34, ditahan hampir 10 jam selepas memasuki bank itu dengan memakai abaya serta niqab.
“Tiga lelaki bodoh itu mencuri komputer yang mengandungi nama semua pelanggan bank semata-mata kerana menyangka ia peti besi. Akibatnya, mereka menunggu masa untuk dibicarakan,†kata Hamad.
Ingatlah pesanan, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH