• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Melarat Buta, Penuntut UiTM Saman Hospital Dungun

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.

Nur Laila

Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam.

Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone.

Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit.

Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak.

Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik.

Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk.

Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan.

Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya. – Sinar Harian Online

Tags: pelajarsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd