• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Kanak-Kanak Di Rumah Wajib Daftar Dengan JKM

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasuh atau suri rumah yang menerima upah menjaga antara empat dan sembilan orang kanak-kanak di kediaman sendiri, wajib mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Arfan Sulaiman berkata kategori yang dikenali sebagai taman asuhan kanak-kanak (taska) di rumah ini perlu didaftarkan supaya JKM boleh mengawal selia perjalanan taska dan keselamatan kanak-kanak.

“Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308), pengasuh kanak-kanak terutama suri rumah yang menjaga antara empat dan sembilan anak-anak jiran mereka misalnya, perlu berdaftar dengan JKM.

“Jika pengasuh berdaftar dengan kita, JKM akan memberi latihan yang sewajarnya kepada mereka seperti Kursus Asas Permata Taska,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut beliau, permohonan pendaftaran taska di rumah boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan bayaran sebanyak RM50 untuk tempoh lima tahun.

Sehingga Sept lepas, sebanyak 460 taska di rumah seluruh negara berdaftar dengan JKM dan ia dikendalikan 598 pengasuh melibatkan 2,701 kanak-kanak berusia bawah enam tahun. – BERNAMA

Tags: JKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd