• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Orang Asli Rayu Bayaran BR1M Secara Tunai

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Lebih 3,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di pedalaman Hulu Kelantan di sini, merayu kepada kerajaan agar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara tunai.

Ketua Kampung Pos Tuel, Halim Sharif berkata ini kerana pembayaran BR1M menerusi akaun bank akan menyusahkan mereka sehingga terpaksa menyewa kenderaan pacuan empat roda dengan kos perbelanjaan yang tinggi untuk ke bank.

Beliau berkata bayaran yang akan dibuat sebanyak tiga kali pada Januari, Mei dan September tahun depan menyusahkan kerana terpaksa keluar ke bandar lebih kerap bagi menunaikan baucar tersebut.

“Sebelum ini ada yang terpaksa bermalam di bandar ini untuk mengambil BR1M kerana terpaksa melalui perjalanan sehari suntuk untuk sampai ke bandar.

“Kalau mereka tinggal berhampiran bandar tidaklah menimbulkan masalah sangat kerana sekurang-kurangnya mereka boleh menunggang motosikal atau menumpang kenderaan jiran,” katanya.

Seorang penduduk, Halim Bonggeng, 48, berkata beliau mencadangkan agar bayaran itu dibuat melalui jabatan atau agensi kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Adai Alang, 60, berkata mereka terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan bantuan itu disebabkan mereka tinggal jauh dari bandar ini.

“Keadaan yang paling mencemaskan jika berlaku kerosakan pada motosikal kami di tengah-tengah hutan semata-mata untuk mengambil bantuan itu,” katanya.

Ketika membentangkan Bajet 2015 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan bantuan itu daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750 yang juga dibayar tiga kali setahun.

Untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, akan menerima kenaikan BR1M daripada RM300 kepada RM350. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd