• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Diserang Histeria

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERTIH – Penduduk dua kampung, dekat sini, berada dalam keresahan apabila kejadian histeria yang bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri minggu lalu dikatakan berlaku pula di kampung mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Puteri, Ghazali Omar berkata, dua minggu lalu, 10 murid sekolah berkenaan tiba-tiba meracau dan keadaan itu berlarutan selama tiga hari.

Menurutnya, kejadian mula berlaku pada 16 Oktober lalu dan berterusan dua hari berikutnya pada 19 dan 20 Oktober.

“Pada hari pertama kira-kira 10 murid kebanyakan perempuan tahun 4 dan 5 histeria.

“Pada hari kedua, kira-kira enam murid daripada 10 murid yang sama diserang histeria lagi, manakala pada hari ketiga pula melibatkan murid lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat di SK Bukit Puteri anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah, malam kelmarin.

Solat hajat berkenaan yang turut dihadiri guru besar, Hassan Mat Arshad bertujuan agar kejadian histeria tidak berulang di sekolah tersebut.

Ghazali berkata, sejak pihak sekolah dan PIBG mendapatkan khidmat tokoh agama dan pengamal tradisional, kejadian histeria tidak berlaku lagi.

Bagaimanapun keresahan mula timbul dalam kalangan penduduk kampung sekitar sekolah itu iaitu Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has apabila ada antara penduduk pula yang diserang histeria.

Katanya, difahamkan masing-masing satu keluarga di Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has.

“Saya tak berani nak sahkan sama ada apa yang berlaku di kampung tersebut ada kaitan dengan di sekolah kerana kejadian di kampung turut membabitkan orang dewasa,” katanya.

Sementara itu, ada dakwaan mengatakan sebelum meracau, murid terbabit melihat kelibat lembaga hitam di sesuatu lokasi di sekolah tersebut.

Difahamkan, masalah histeria dilaporkan sudah lama tidak berlaku di sekolah berkenaan, sehinggakan ada pihak mendakwa dan mengaitkan kononnya kejadian histeria yang berlaku baru-baru ini ada kaitan dengan kerja merobohkan sebuah rumah berhampiran sekolah tersebut.

Dalam pada itu Ghazali berkata, pihaknya akan terus berusaha mendapatkan bantuan pakar perubatan tradisional untuk menangani masalah itu. – Sinar Harian Online

Tags: MisteriTerengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

19/08/2025
0

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini,...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd