• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert K-Pop Dihujani Seluar Dalam Peminat Wanita

oleh
05/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN jauh berbeza dari segi budaya dan bahasa, artis terkenal K-Pop dari Korea Selatan masih menerima sambutan ‘paling gila’ daripada para peminat mereka ketika beraksi pada salah sebuah jelajah konsert di Mexico City minggu lalu.

Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap di Seoul semalam melaporkan, peminat perempuan yang amat teruja sanggup melemparkan seluar dalam mereka sendiri sehingga terpaksa dihentikan sementara sebelum disambung semula.

Insiden mengejutkan itu berlaku pada konsert Music Bank World Tour anjuran stesen penyiaran Korea Selatan, KBS di ibu negara Mexico itu Khamis lalu yang menampilkan kumpulan terkemuka BEAST, EXO-K, Girl’s Day, B.A.P., Ailee dan BTS.

Ketika persembahan melibatkan persembahan B.A.P. dan EXO-K, peminat wanita yang terlalu teruja dilaporkan membaling seluar dalam masing-masing ke arah artis-artis terbabit sebelum penganjur segera menggantung konsert buat sementara waktu.

Konsert tersebut hanya disambung semula selepas penganjur dengan pantas membersihkan longgokan seluar dalam wanita yang berselerak memenuhi pentas dan memberi amaran kepada penonton untuk menjaga tingkah laku mereka.

“Mulanya, saya berasa malu namun peminat Mexico mungkin amat gembira. Sesetengah mereka teruja melampau tetapi saya saya lihat ada peminat buat perisai tangan untuk elak kejadian lebih buruk,” kata seorang anggota EXO-K yang enggan didedahkan identiti. – Agensi

– AMREE AHMAD

Tags: EXO-KK-PopKorea Selatanmexico
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea...

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd