• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberian ‘Golden Handshake’ RM2.6 Juta Disiasat

oleh Ahmad Albab
19/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau ‘golden handshake’ bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.

Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.

“Kami akan siasat dan ambil tindakan,” katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.

Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.

“Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi,” kata sumber itu.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa’ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

“Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.

“Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid,” kata sumber itu lagi. – mStar Online

Tags: Kerajaan SelangorKhalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd