• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Terbaik Siri Jelajah AirAsia-QPR Akan Kembali Ke QPR

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Siri Penjelajahan Klinik Latihan AirAsia-Queens Park Rangers (QPR) beri peluang kepada pemain terbaik dalam kalangan anak perajurit Angkatan Tentera Malaysia ke Akademi QPR di London.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun berkata enam jurulatih daripada QPR Trust Team akan memilih seorang pemain terbaik daripada keseluruhan, 65 pemain.

“Program hari ini kita bawa jurulatih daripada QPR ke Malaysia dan melatih anak-anak ATM yang berbakat dalam bidang bola sepak supaya kita dapat mengetengahkan bakat mereka yang berminat. Ia juga bagi memberi peluang kepada mereka melihat cara QPR melatih pemain profesional di England.

“Mereka diajar cara-cara bermain dengan teknik yang betul serta cara memanaskan badan yang lebih tepat sebelum mula bermain, supaya permainan mereka jadi lebih mantap,” katanya kepada pemberita semasa sesi klinik latihan di
Kompleks Sukan Kementerian Pertahanan (Kementah), di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini sudah menyelesaikan siri jelajah ke China serta Thailand dan akan mengadakan program serupa di Kota Kinabalu, Sabah.

Kamarudin berkata mereka akan memilih seorang pemain terbaik dari setiap klinik latihan yang dianjurkan untuk dibawa ke London bagi tujuan pendedahan peringkat awal.

Sementara itu, Pengarah College Football Academy Danny Edwards berkata QPR mahu kanak-kanak itu memenuhi impian mereka menjadi pemain bola sepak pada masa depan.

“Apa yang kita cari…kita cuba memberi inspirasi kepada pemain muda. Kami mahu mereka mencapai impian masing-masing, berpeluang untuk bermain bola sepak dengan jurulatih Liga Perdana, bermain dengan pemain akademi.

“Sekarang mereka tahu kami sedang mencari seorang pemain untuk dibawa ke London, mereka sukar mempercayainya. Peluang ini bagi mereka sukar dipercayai. Kami mencari seorang pemain terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: QPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bhatia Ganti Tony Sebagai Pengerusi QPR

16/08/2018
0

LONDON - Queens Park Rangers (QPR) melantik ahli perniagaan berketurunan British-India, Amit Bhatia sebagai pengerusi baharu, berikutan pengerusi bersama, Tan...

Redknapp Letak Jawatan Pengurus QPR

04/02/2015
0

LONDON - Harry Redknapp sudah meletakkan jawatan selaku pengurus Queens Park Rangers, menurut kelab Liga perdana Inggeris itu, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd