• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Inovatif Jiran Muda Tingkat Daya Kreatif Muda

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pasukan Inovatif Jiran Muda diperkenalkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mampu meningkatkan daya kreatif golongan belia selain mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk menjana idea dalam kalangan warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi penganjuran aktiviti yang turut dapat memberi manfaat kepada golongan belia.

“Kita sering mendengar jabatan dan agensi kerajaan sahaja yang sering mengadakan persembahan inovatif, jadi sudah sampai masanya KRT mewujudkan idea inovatif di kawasan masing-masing bagi mempertingkatkan lagi daya kreativiti golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pasukan Inovatif Jiran Muda Peringkat Negeri Melaka di Taman Seri Duyong 2, di sini hari ini.

Kurup berkata setiap KRT di seluruh negara disaran mewujudkan pasukan inovatif bagi membudayakan perpaduan dan menerapkan nilai murni dalam kalangan masyarakat.

“JPNIN juga telah melaksanakan beberapa program baharu bagi memastikan usaha memperkasakan Rukun Tetangga dan memperkukuhkan lagi perpaduan di negara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Kurup berkata antaranya penubuhan Skuad Uniti yang berperanan menyelesaikan masalah masyarakat setempat melalui pemerkasaan perkhidmatan mediasi komuniti, skim rondaan sukarela, rukun tetangga, pendidikan perpaduan dan perdampingan sosial.

“Selain itu program Rakan Perpaduan juga telah dilaksanakan bagi tujuan pengukuhan jaringan sosial dengan pertubuhan dan persatuan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata Program Latihan Industri Perpaduan turut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada golongan muda mengetahui selok belok bidang keusahawanan. – BERNAMA

Tags: Belia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd