Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu, Kelindan Lori Cedera...

IPOH - Pemandu lori dan kelindan cedera apabila kenderaan itu berlanggar dengan sebuah...

Kerajaan Perlis Akan Ambil...

KANGAR - Kerajaan Perlis akan mengambil tindakan segera untuk menambah baik tadbir urus...

Perbendaharaan Tandatangan Ikrar Bebas...

PUTRAJAYA - Perbendaharaan hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan...

Kerajaan Cadang Bangunkan Ladang...

JOHOR BAHARU - Kerajaan bercadang membangunkan kawasan penanaman jagung untuk makanan ternakan seluas...

Aneh – Gempa Bumi Landa Kansas, Oklahama

WASHINGTON DC – Jika di Malaysia, kita gempar apabila Kedah yang biasanya cuma kena bencana alam seperti banjir atau kemarau tiba-tiba bulan ini sudah dibadai lima kali kejadian puting beliung yang sebelum itu dirujuk sebagai pusaran angin belalai gajah.

BACA: VIDEO : Kedah Dilanda Puting Beliung Kali Keempat Hari Ini 

Namun lain pula ceritanya di Amerika Syarikat (AS) apabila dua buah negeri berpadang pasir, Kansas dan Oklahoma yang lazimnya hanya dilanda puting beliung atau popular disebut sebagai tornado, tiba-tiba digegarkan pula dengan gempa bumi sederhana.

Insiden yang dianggap amat jarang berlaku itu menurut Agensi Kajian Geologi AS (USGS), sebuah badan pemantau gempa bumi terkemuka di dunia berpusat di Hawaii; dikesan kira-kira pukul 3.40 petang Rabu (bersamaan 5.40 pagi waktu Malaysia pada hari ini).

Gegaran dikesan pada kedalaman 5.4 kilometer berlaku dekat dengan Conway Springs di Kansas manakala pusat gempa tersebut hanya 53 kilometer dari Wichita, bandar raya terbesar di Kansas dan kira-kira 200 kilometer dari Oklahoma City di negeri berjirannya itu.


Gempa bumi itu merekodkan kekuatan 4.8 magnitud pada skala Richter, iaitu dianggap menghampiri paras sederhana kuat yang biasanya boleh menyebabkan keretakan kecil struktur bangunan lemah dan objek ringan boleh terjatuh dari meja tetapi tidak bahaya.

Media AS melaporkan tiada kerosakan besar harta benda atau kecederaan orang awam, namun USGS berkata, kes ini pelik kerana gempa cuma melanda negeri-negeri di barat banjaran Rocky yang menghadap Lautan Pasifik dan dirujuk sebagai lingkaran api Pasifik.

AS merupakan negara paling banyak dilanda tornado iaitu kira-kira 1,200 kes dalam setahun dan ia melibatkan 17 buah negeri di timur banjaran Rocky yang dikenali sebagai Tornado Alley antaranya Texas, Ohio, Indiana, Nebraska, Tennessee dan Alabama. – Agensi

Fenomena tornado sering melanda 17 buah negeri di timur banjaran Rocky dan merekodkan 1,200 kes dalam setahun di Amerika Syarikat. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori