• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naskhah Akhbar Bersejarah 1 September 1957, Dijual Di PWTC

oleh AK-47
30/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 kali ini, senaskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957 mendapat perhatian pengunjung dan perwakilan serta menjadi kemestian untuk dimiliki.

Ia adalah cetakan semula naskhah akhbar tersebut yang diterbitkan pada hari pertama selepas Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu, diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Akhbar The Sunday Times terbitan 1 September 1957 keluaran hari pertama selepas kemerdekaan Tanah Melayu. - Foto MYNEWSHUB.CC
Akhbar The Sunday Times terbitan 1 September 1957 keluaran hari pertama selepas kemerdekaan Tanah Melayu. – Foto MYNEWSHUB.CC

Akhbar bersejarah itu dijual di lokasi gerai New Straits Times Press (NSTP) di tingkat 2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) serentak dengan PAU yang berlangsung sejak Selasa lepas hingga Sabtu ini.

Bagi para ibu bapa, penulis berpendapat akhbar ini perlu dibeli untuk dijadikan bahan ilmu kepada anak-anak berkenaan tarikh keramat kemerdekaan negara dan apa yang berlaku pada hari berkenaan.

Antara berita yang menyentuh hati ialah berita di mukasurat dua yang bertajuk “Sodden Troops Looked Skyward And Asked : Will Rain Stop In Time?”

Merdeka_2

Berita itu menceritakan kisah bagaimana perasaan anggota tentera yang sedang bersedia untuk berbaris di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 sempena pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri pertama Tanah Melayu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Turut dimuatkan di dalam akhbar bersejarah itu ialah Proklamasi Kemerdekaan yang menjadikan kemerdekaan Malaysia 57 tahun lepas sebagai satu realiti dan negara akhirnya bebas.

Antara foto penuh sejarah yang disiarkan adalah foto majlis Angkat Sumpah Jawatan anggota kabinet pertama kerajaan Tanah Melayu yang diketuai Tunku Abdul Rahman.

Kakitangan NSTP di PWTC menjual salinan akhbar bersejarah di tingkat 2, PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014. - Foto MYNEWSHUB.CC
Kakitangan NSTP di PWTC menjual salinan akhbar bersejarah di tingkat 2, PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014. – Foto MYNEWSHUB.CC

Bagi orang ramai, mereka masih boleh mendapatkan akhbar berkenaan yang diterbitkan di Singapura pada ketika itu dengan harga RM5 sementara berbaki dua hari lagi PAU 2014 berlangsung di PWTC. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Kisah Sejarahmerdeka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cerita Anak Malaysia Bernama Azalina Eusope, Kami Kagum!

Next Post

Umno Jamin Solidariti Agar Negara Aman – Najib

Related Posts

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

Next Post

Umno Jamin Solidariti Agar Negara Aman - Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd