• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak APEC

oleh Ahmad Albab
09/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-22 yang akan diadakan di sini, selama dua hari mulai 10 November.

AELM Ke-22 akan dipengerusikan oleh Presiden China Xi Jinping, dengan tema, “Membentuk Masa Depan melalui Perkongsian Asia Pasifik”, menurut Kementerian Luar dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sebelum AELM, Mesyuarat Menteri-Menteri APEC Ke-26 (AMM) diadakan di sini dari 7-8 Nov dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Memuktamad APEC (CSOM) dari 5-6 Nov.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut menyertai delegasi Malaysia ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin serta pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Perdana Menteri dijadual membincangkan tiga keutamaan APEC 2014, iaitu memajukan integrasi ekonomi serantau; menggalakkan pembangunan inovatif, pembaharuan ekonomi dan pertumbuhan; serta pengukuhan perhubungan yang komprehensif dan pembangunan infrastruktur.

Selain daripada bertukar pandangan dengan pemimpin lain berhubung isu itu,  Najib juga akan meneroka idea-idea baharu dan inovatif untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam kalangan negara-negara APEC.

Perdana Menteri turut dijangka mengulangi sokongan Malaysia ke arah usaha APEC terhadap perhubungan yang bertujuan mencapai hubungan lebih baik di rantau Asia Pasifik dan mengalu-alukan Rangka Tindakan Perhubungan APEC yang akan membantu negara melaksanakan program-program yang disasarkan.

Hasil daripada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC akan didokumentasikan dalam Deklarasi Bersama Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, menurut
kenyataan itu.

Najib akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatnya pada sidang kemuncak itu, untuk membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan pelbagai hala yang mempunyai kepentingan bersama.

AELM ialah sidang kemuncak tahunan yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Kerajaan ekonomi 21 anggota Rim Pasifik, memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Pasifik.

Forum APEC itu dianggap sebagai satu daripada platform utama untuk membincangkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serantau yang pada masa sama mengukuhkan hubungan dua hala dalam kalangan negara anggota.

Ditubuhkan pada 1989, tiga matlamat utama APEC ialah membangun dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala; meningkatkan kesalingbergantungan dan kemakmuran negara-negara anggota; dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd