• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Akan Bayar Pampasan Lepas MH370 Diisytihar Hilang

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir mencecah lapan bulan selepas pesawat malang MH370 hilang tanpa khabar berita, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sedang menunggu perisytiharan secara rasmi sebelum boleh memberikan pampasan kepada ahli keluarga para penumpang.

Menurut Pengarah MAS, Hugh Dunleavy, anggota keluarga mangsa yang hilang perlu bersabar kerana maklumat berkenaan pampasan sedang dibincangkan.

Memetik kenyataan disiarkan  akhbar New Zealand Herald:

“Kami tidak mempunyai tarikh akhir tetapi sebaik sahaja ia secara rasmi direkodkan sebagai hilang kita akan bekerjasama dengan waris mengenai pembayaran pampasan penuh kepada mereka.”

Menurutnya lagi, Konvensyen Montreal menetapkan amaun pampasan sebanyak USD 175,000 (RM 582,000) untuk setiap mangsa, walaupun ahli keluarga boleh mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan jumlah pampasan lebih tinggi.

“Kami akan memastikan pampasan dibayar kepada anggota keluarga yang kehilangan orang dicintai melalui syarikat insurans kami.”

mh17-crash

Menurut Dunleavy lagi, bayaran pampasan terhadap anggota keluarga mangsa pesawat MH17 tidak sekompleks MH370 kerana pesawat itu diketahui umum telah ditembak jatuh ketika sedang melakukan penerbangan di ruang udara Ukraine.

Bercakap tentang kemungkinan dan persoalan kehilangan MH370, Dunleavy yakin bahawa anak kapal MH370 tidak mempunyai kaitan atas kehilangan pesawat itu.

“Semua anak kapal MH370 sudah disiasat agensi keselamatan dan setakat yang saya tahu tiada apa muncul sebagai sesuatu yang tidak diingini.”

Sehingga kini, kehilangan pesawat MAS, MH370 sejak 8 Mac lalu masih tinggal misteri dan tanda tanya kepada masyarakat seluruh dunia.

Pesawat itu dikatakan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam pada 1.20 pagi. Ia kemudiannya dipercayai melencong ke Selat Melaka dan berakhir di selatan Lautan Hindi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: MASMH370Nahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd