Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Zizan Mohon Maaf Isu...

NAMPAKNYA bukan hanya pengacara wanita sahaja yang perlu berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian,...

Padah Pukul Orang, Lelaki...

Pada 30 November lepas, sekumpulan rakyat tempatan telah bertindak menahan dan membelasah seorang...

Robot Star Wars Dilelong...

LOS ANGELES - Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem Star...

Che Ta Tak Mahu...

SETELAH dikurniakan tiga orang cahaya mata, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta...

Mangsa Puting Beliung Mahu Bantuan Baiki Rumah

ALOR SETAR – Mangsa puting beliung di Daerah Kota Setar yang berlaku semalam berharap agar pihak berkaitan dapat membantu membaiki rumah mereka dengan segera.

Noraini Saad, 45, dari Kampung Sungai Baru, Kuala Sungai sangat mengharapkan bantuan kerana beliau sekeluarga kini terpaksa tinggal di surau di kampung itu.

“Kalau ikutkan pendapatan saya yang tidak seberapa, saya tidak mampu untuk baik pulih rumah saya yang rosak teruk. Harap pihak yang prihatin dapat bantu keluarga kami,” kata pekerja sebuah syarikat pembersihan di sebuah pusat membeli-belah ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, 71 buah rumah dan sebuah klinik desa di dalam Daerah Kota Setar rosak teruk.

Bagi Che Tom Abdullah, 65, yang rumahnya turut rosak juga memerlukan bantuan bagi membaiki rumahnya.

“Saya kini terpaksa menumpang sementara waktu di rumah adik saya kerana  keseluruhan rumah saya tidak lagi berbumbung,” katanya dan menambah sekiranya
kerosakan yang dialaminya kecil, beliau masih mampu untuk memperbaikinya sendiri.

Md Saad Md Isa, 59, dari Kampung Batin turut mengharapkan bantuan serupa.

“Kalau nak tunggu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat agak lambat dan kini saya hanya ambil inisiatif menukar bumbung yang rosak.

“Saya bimbang berlaku kerosakan pada barangan lain seperti perabot dan barangan elektrik semasa musim hujan sekarang,” katanya.


Tinjauan mendapati beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan pihak tentera turut membantu penduduk membersihkan rumah selain memotong pokok yang tumbang.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberi jaminan kesemua keluarga mangsa puting beliung akan mendapat bantuan awal tidak lama lagi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata Pejabat Daerah Kota Setar akan memberi bantuan sebanyak RM300 hingga RM1,000.

“Peruntukan yang bakal diberikan itu ialah bagi meringankan beban yang dialami keluarga mangsa dan mereka boleh melakukan baik pulih rumah mereka yang mengalami kerosakan kecil seperti pada bumbung,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa di Kampung Batin hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata berkata peruntukan susulan juga akan diberikan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat melakukan penilaian terhadap kerosakan rumah penduduk.

Ahmad Bashah berkata Pusat Khidmat DUN Bakar Bata turut menyampaikan sumbangan antara RM300 hingga RM500 kepada lapan keluarga di Kampung Batin yang terletak di bawah DUN itu.

Beliau berkata pihaknya turut menyediakan barangan dapur selain akan menyediakan penempatan sementara bagi keluarga terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori