KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menawarkan kadar tambang istimewa sempena cuti sekolah akhir tahun ini dengan harga tambang sehala serendah RM89 bagi semua perjalanan.
Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, tempahan tiket promosi itu dibuka bermula hari ini sehingga 23 November ini untuk penerbangan dari 22 November 2014 hingga 5 Januari tahun depan.
“Tambang domestik bermula dari RM89 sehala ke Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Alor Setar dan banyak lagi destinasi. Semua tambang penerbangan antarabangsa termasuk ke Delhi, Kochi, Jakarta, Bali, Bangkok dan Singapura bermula dari RM109,” kata kenyataan itu hari ini.
Tempahan tiket boleh dibuat melalui laman web Malindo Air, www.malindoair.com atau menghubungi Pusat Panggilan Malindo Air di talian 03-7841 5388.