Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Hanya 4 Daripada 12,933...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hanya...

Bersatu Boleh Tumbang Jika...

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh tumbang jika tidak menggunakan...

PM Seru Rakyat Kekalkan...

BENTONG - Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal...

Pakar Sakit Puan Palsu...

Melbourne - Seorang lelaki yang didakwa berpura-pura menjadi pakar sakit puan kini berdepan...

Malindo Air Alami Masalah Teknikal Dalam Penerbangan

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malindo Air yang dalam perjalanan dari Delhi, India ke Kuala Lumpur mengalami masalah teknikal sewaktu dalam penerbangan pagi ini.

Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, penerbangan OD206 itu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok, Thailand.

“Pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gandhi pada pukul 10.05 malam waktu tempatan membawa seramai 121 penumpang dan lapan kakitangan termasuk tiga bayi.

“Pesawat ini sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 5.25 pagi ini tetapi kakitangan kami mendapati berlaku masalah teknikal dan penerbangan terpaksa dialihkan ke Bangkok,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kakitangan pesawat berkenaan berjaya mengesan masalah teknikal itu lalu melaksanakan pemeriksaan kecemasan serta menghubungi menara kawalan untuk memaklumkan tentang perkara itu.


Jelas kenyataan itu, pesawat itu bagaimanapun selamat mendarat di Bangkok pada pukul 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Tambah kenyataan itu, penumpang pesawat berkenaan sedang dibawa pulang dengan menaik sebuah pesawat lain.

“Masalah teknikal itu dalam siasatan dan kami telah melaporkannya kepada semua pihak terlibat,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori