• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sukar Gugat Indonesia, Tewas 0-4

oleh AK-47
29/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Skuad badminton negara terpaksa akur dengan kehebatan Indonesia apabila tewas 0-4 pada aksi ketiga pusingan awal Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Bratama Arena, Jakarta hari ini.
Episod malang skuad Malaysia bermula dengan kekalahan perseorangan lelaki,  Chong Wei Feng kepada Dionysius Hayom Rumbaka 19-21, 11-21 sebelum  perseorangan wanita, Tee Jing Yi dijinakkan Bellaetrix Manuputty 8-21, 10-21.
Malaysia ketinggalan 0-3 apabila beregu lelaki Indonesia, Muhammad Ahsan-Markis Kido menepati ramalan dengan mengalahkan pasangan negara, Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong 21-17, 21-13.
Pasukan negara terus kempunan mendapatkan mata apabila beregu campuran,  Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tumpas kepada beregu nombor empat dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 13-21, 16-21, demikian menurut laman sesawang kejohanan
axiatacup.com, hari ini.
Indonesia mengungguli carta kedudukan kejohanan selepas mencatat dua  kemenangan dengan mengutip 10 mata, diikuti Thailand dan Malaysia yang masing-masing mengutip tujuh dan enam mata di tempat kedua dan ketiga, selepas kedua-dua pasukan turut menang dua kali.
Asia All Star yang mengutip tujuh mata, bagaimanapun berada di kedudukan keempat selepas hanya menang satu daripada tiga perlawanan pusingan awal.
Kesemua pasukan masih berbaki empat perlawanan pusingan awal untuk merebut empat slot ke separuh akhir yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Dis ini.
Malaysia bakal berdepan saingan sengit Thailand pada aksi keempat manakala Indonesia dijangka tidak menghadapi masalah mengutip mata apabila bertemu Filipina, esok.
Selain Malaysia selaku juara bertahan, kejohanan itu turut disertai  Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura serta dua pasukan jemputan, Asia All Star dan European All Star. — BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd